Yo!
Bulan ni dan mungkin membawa ke bulan depan aku berhibernasi..
Selain nak save duit..aku juga tengah rancak menyiapkan episod terakhir jilid pertama komik Jayapati terbitan DBP..
Cakap pasal komik 2008 boleh kata takde terbitan baru aku dari mana-mana penerbit aku..aku cuma siapkan je komik2 aku, bagi kat dorang pastu tak tau apa dorang buat...Dari matlumat kebanyakan karya aku dorang cadang nak mulakan terbit awal 2009..
Hmm...sama2 laa kita tengok
Ps: nak dekat sebulan lebih aku terperap je kat rumah..Hmm tengok laa pertengahan bulan depan aku turun Kl..harap duit aku banyak lagi tinggal untuk aku berpoya-poya...
Friday, November 28, 2008
Thursday, October 23, 2008
Budak Takraw(Storyboard)
Aku pernah buat pitching proposal untuk pilot project animasi tajaan Mdec MSC tapi sayang tak dapat. Untuk pengetahuan ini xde kena mengena dengan komik Budak Takraw aku, title je sama.walau camana pun untuk tatapan korang terima lahh...
credit:-
Voice : Fahimi(rasa-rasa cam 3/4 watak semua suara dia), Zura, aku sendiri, abang toi
Sound: Jashir, akir
Soundtrack: "Bila matamu tersenyum" (Coda), "Andaiku tahu"Zura&Fahimi
Thanks laa kat korang semua..nanti kalau ada project lagi sudi-sudi la join!

Saturday, October 11, 2008
Raya & Remote
Yaa Raya datang lagi..
Selamat Hari Raya! Selamat Beraya! Selamat Bermaafan! Selamat makan kuih raya! Selamat ambik duit raya! Selamat bagi duit raya! Selamat balik cuti Raya! Selamat balik bekerja selepas bercuti raya!
Rasanya agak lewat baru aku tulis sesuatu kat blog ni sempena raya ni. Satu, aku masih tak biasa berblog-blog ni. Dua memang takde apa yang aku boleh tulis pasal raya ni selain dari program-program yang biasa yang orang biasa buat pada waktu raya (takyah la aku cerita lebih detail) Cuma satu perkara yang menarik perhatian aku tentang kesedihan hari raya yang biasa dipaparkan di drama-drama stesen tv tempatan. Rasa macam banyak betul drama-drama sedih yang ditayangkan memaparkan betapa hari raya ni patut disambut dengan linangan air mata dek kesedihan yang aku agak konpius mana punca. Entahlah kekadang Tv ni boleh buat aku macam paham tak paham tentang konsep raya. Bayang la pagi-pagi raya waktu aku tengah sibuk nak menjamah kuih raya(aktiviti yang memang kita buat bila dah kat depan tv di hari raya) tatkala tangan menekan remote mencari saluran yang sesuai tup-tup keluar adegan ibu sedang meratap anak lelakinya(mesti anak lelaki yang jahat) yang tidak pulang beraya kerana lupa diri, isteri yang mengingkari suami, atau lebih sedey anak yang putus jari atau mati dek angkara meriam buluh.Aku tak tau la pulak kalau memang sesuai cerita-cerita macam tu ditayang waktu pepagi raya. mungkin sesuai dengan mood bermaaf-maafan yang terbit selaras dengan laungan takbir pagi syawal yang memang aku akui agak syahdu.Lepas layan adegan-adegan tangkap leleh ni,nak dekat tengahari sikit rancangan akan beralih pula kepada konsert artis-artis menyanyikan lagu-lagu kemeriahan raya. Aik! tukar feel lak? Time-time cam ni pulak tiba-tiba laa sedara datang melawat, keadaan rumah jadi riuh rendah, budak-budak lari-lari sambil gelak ketawa dan orang-orang dewasa bergurau senda. Di satu sudut aku lepak di tepi dengan kuih penuh di mulut sambil berfikir hmm..sama je keadaannya cam tahun lepas, dan aku rasa penerbit tv pun pikir benda sama jugak sebab tu dia setting program ngan time tayangan cantik-cantik.
"Tukar channel lah...tengok ultraman ke kalau ada..."

Wednesday, September 24, 2008
LUKISAN HATI dan BUDAK TAKRAW
Salam jumpa,
lama aku tak aktif dalam penghasilan blog-blog ni. bukan apa IT-IT ni aku lemah skeet.
Tapi dalam x sedar, ni je antara cara paling mudah dan effisien untuk berinteraksi ngan
pembaca-pembaca di luar sana.Editor aku pun ada cadang kat aku mula aktif berblog-blog ni,
senang nak update apa.
ok la, aku nak citer skit pasal 2 bijik komik aku Lukisan Hati dan Budak Takraw terbitan PTS ni.
Untuk sesapa yang tak tau lagi komik2 aku ni dah pun lama ada di pasaran dan hanya boleh dapat di toko-toko buku seperti MPH dan Popular.kenapa xde kat kedai mamak jangan tanya aku, tanya penerbit. Tapi memang kebanyakan buku PTS ada kat toko2 buku je. mungkin format produk ngan target market dorang kot. ntah laa.
Ok aku citer sikit pasal komik lukisan hati ni. komik ni aku buat lama dah dekat tahun 2004. waktu tu aku indie sikit (ceh!). Lepas berenti lukis untuk Gila-Gila. Aku tekad terbitkan komik sendiri supaya sesuai ngan konsep aku nak. di bawah label Bluncas Studio kepunyaan aku sendiri bersandarkan modal x seberapa maka lahirlah beberapa siri komik 40ms per isu lukisan hati yang akibat kurangnya pengalaman dan promosi x berapa sangat la jualannya. Tapi macam tu pun sedikit sebanyak mampu juga mengumpul pengikutnya yang tersendiri. Dalam tengah pikir apa nak buat supaya komik ni bleh terus berada di pasaran agar x hampakan peminat-peminat sedia ada, bleh la pulak terjumpa budak-budak PTS terus dapat offer untuk diterbitkan bawah label dorang.cuma ngan formatnya sedikit berbeza iaitu 145ms dan harga yang sedikit mahal meletakkannya pada kedudukan dan target market yang tersendiri. macam ekslusif gitu. Macam la...
LUKISAN HATI ni mengenai 5 sahabat yang sedang belajar di kolej seni.citer dia ada humor sikit ada serius sikit ada ntah apa2 sikit ada jiwang karat banyak. Haa tang jiwang itu yang buat leceh sikit. komik ni kita target terbit 3 jilid. tapi apapun serah kat sambutan macam mana.
untuk preview bleh layari :-
LUKISAN HATI Jilid 1
Link 1
Link 2
BUDAK TAKRAW -haaa yang ni lain sikit. dengan pembaca sasar budak-budak sekolah yang minatkan sukan maka lahir la idea mengenai sekumpulan pelajar sekolah yang aktif memperjuangkan sukan takraw di sekolah mereka. Citer ni kalau korang tanya aku, agak seronok sikit. kisahnya lebih direct to point dan tak begitu deep sangat. humor dan aksi diselang-seli dengan cara yang lebih santai dan bersahaja. watak-watak ditemukan dengan keadaan yang tidak disangka dan usaha mereka untuk memartabatkan sukan takraw disekolah mereka meletakkan karya agak unik sikit pada aku. ye lah ini la pertama kali aku buat untuk citer sukan. saja nak lari dari genre biasa.nak tengok preview tau lebih lanjut pasal komik ni layari:-
BUDAK TAKRAW
Link 1
Link 2
kat website ni jugak korang boleh tau pasal komik2 terbitan PTS yang lain.
support la komik tempatan!

Subscribe to:
Posts (Atom)