Tuesday, May 10, 2011
Sungguh x percayee..Ngee!
Berita baik untuk diri sendiri :D Komik BUDAK TAKRAW #2 disenarai pendek untuk anugerah pekomik 2011 bagi kategori penulis komik terbaik..Hehe..Err agak-agak ader sistem undi x? Nak roger orang kampung ajak mengundi!
Tuesday, April 26, 2011
E KOMIK PERMATA LAUT SILAN OFFICIAL!
Salam semuaaa..Entah kenapa sejak dua menjak ni terasa cambest tak pasal-pasal..rupa-rupanya projek e-komik Permata Laut Silan sudah pun boleh bertemu para pembaca secara online di http://silan.miim.my Sila layari dan hiburkan hati anda dengan karya terbaru dari kami. sebarang komen dan kritikan membina amatlaa dialu-alukan!kritikan pedas pun x kesah! as long as it means..you care! yeaoww!
Tuesday, March 8, 2011
PERMATA LAUT SILAN akan dibawa kepada anda secara Online!
Pada pertengahan kurun ke 13, selepas kejatuhan empayar Abbasiyyah,
dikala benua-benua berada di kancah pergelutan.
kegelapan yang menghendap muncul dicelah-celah kebingungan.
Di wilayah gugusan nusantara, amalan keras dan mistik telah menjadi
dogma yang merentas sempadan budaya. Mereka yang mengejar cahaya di langit
dalam khilaf tergelincir ke gelap lautan.
PERMATA LAUT SILAN mengisahkan perjalanan Hitam dan Seri, dalam menyusuri qadar,
terpaksa menentang kegelapan yang nyata dan merungkai bait-bait muslihat, dalam
mencari perisai pegangan agar langkahnya tetap untuk bertemu permata abadi yang
cahayanya pasti kekal menyinari nusantara ini
Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.
Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.
syair PERAHU
Hamzah Fansuri
Tuesday, January 25, 2011
BUDAK TAKRAW #2
Subscribe to:
Posts (Atom)