Saturday, October 11, 2008

Raya & Remote

Yaa Raya datang lagi..

Selamat Hari Raya! Selamat Beraya! Selamat Bermaafan! Selamat makan kuih raya! Selamat ambik duit raya! Selamat bagi duit raya! Selamat balik cuti Raya! Selamat balik bekerja selepas bercuti raya!

Rasanya agak lewat baru aku tulis sesuatu kat blog ni sempena raya ni. Satu, aku masih tak biasa berblog-blog ni. Dua memang takde apa yang aku boleh tulis pasal raya ni selain dari program-program yang biasa yang orang biasa buat pada waktu raya (takyah la aku cerita lebih detail) Cuma satu perkara yang menarik perhatian aku tentang kesedihan hari raya yang biasa dipaparkan di drama-drama stesen tv tempatan. Rasa macam banyak betul drama-drama sedih yang ditayangkan memaparkan betapa hari raya ni patut disambut dengan linangan air mata dek kesedihan yang aku agak konpius mana punca. Entahlah kekadang Tv ni boleh buat aku macam paham tak paham tentang konsep raya. Bayang la pagi-pagi raya waktu aku tengah sibuk nak menjamah kuih raya(aktiviti yang memang kita buat bila dah kat depan tv di hari raya) tatkala tangan menekan remote mencari saluran yang sesuai tup-tup keluar adegan ibu sedang meratap anak lelakinya(mesti anak lelaki yang jahat) yang tidak pulang beraya kerana lupa diri, isteri yang mengingkari suami, atau lebih sedey anak yang putus jari atau mati dek angkara meriam buluh.Aku tak tau la pulak kalau memang sesuai cerita-cerita macam tu ditayang waktu pepagi raya. mungkin sesuai dengan mood bermaaf-maafan yang terbit selaras dengan laungan takbir pagi syawal yang memang aku akui agak syahdu.Lepas layan adegan-adegan tangkap leleh ni,nak dekat tengahari sikit rancangan akan beralih pula kepada konsert artis-artis menyanyikan lagu-lagu kemeriahan raya. Aik! tukar feel lak? Time-time cam ni pulak tiba-tiba laa sedara datang melawat, keadaan rumah jadi riuh rendah, budak-budak lari-lari sambil gelak ketawa dan orang-orang dewasa bergurau senda. Di satu sudut aku lepak di tepi dengan kuih penuh di mulut sambil berfikir hmm..sama je keadaannya cam tahun lepas, dan aku rasa penerbit tv pun pikir benda sama jugak sebab tu dia setting program ngan time tayangan cantik-cantik.

"Tukar channel lah...tengok ultraman ke kalau ada..."

2 comments:

As_Adik said...

assalamualaikum..

hi ari, ni "adik", if u still remember me.. (Sis leha fren..)

Anyway.. congrats for all the comic book yg da kuar..
but still the best.. Lukisan hati..
taknak sambung ke cite nyer? cite tu buat org emo la.. tapi best..
ehehe..

okay, Good luck with ur career..
T'care..

ANSHARI said...

Salam, apa citer lama x dengar khabar, apa x ingat pulak kak leha tu bukan ramai pun kawan dia...
Lukisan Hati memang ada pun sambungan, tapi ntah x kluar-kluar lagi dorang tengah set format...
nanti apa2 kita info
thanks for the support!