Tuesday, November 10, 2009

KU TIBA LAGI -OST Telemovie LH -

Ku Tiba Lagi by HYPER ACT.



HYPER ACT.
Vocal Rony (OIAM 2)
Guitar Freddie (Coda)
Guitar Ietan
Bassist&vocal Toy (AF6)
Keyboard Akir (Coda)
Drum Labib

Ku Tiba Lagi by HYPER ACT. live di Borneo rainforest Sunway

Friday, November 6, 2009

PENGAMBARAN TELEMOVIE LUKISAN HATI SELESAI!

Alhamdulillah setelah bersekang mata selama seminggu di set, pengambaran telemovie LH(Lukisan Hati) akhir selesai!
Terima kasih kepada tenaga produksi para pelakon dan peminat komik LH atas usaha dan sokongan yang diberikan.
LH masih melalui proses editing dan rakaman soundtrack..disini dilampirkan beberapa teaser pictures untuk tatapan korang..teruskan menyokong!


Klik gambar dibawah


Main cast LH

Yusuf dan Wardah

Behind the scene


Wardah lakonan Faralyana Idris
















Friday, July 31, 2009

LUKISAN HATI DIBUAT DRAMA INTERNET!



Salam Semua, lama aku tak posting dalam blog ni.Untuk pengetahuan korang, perkembangan terbaru ialah Lukisan Hati akan dibuat drama bersiri online oleh sebuah produksi tempatan. proses pemilihan pelakon akan dijalankan minggu depan hari selasa di damansara perdana..sesiapa yg rasa diri tu berbakat jangan laa segan-segan datang audition yeee...

Di jangka proses pembikinan akan berbeza dengan drama-drama yang akan disaksikan di kaca tv..selain bakal dijual melalui format avi utk internet..drama yang diadaptasi melalui komik tentunya bakal memberi persepsi yang berbeza..sama-sama laa kita tengok...


Untuk mereka-mereka yang belum pernah baca komik Lukisan Hati aku di sini ada free promo..just click gambar di atas!

TQ!

Saturday, April 25, 2009

Anshari dan Projek-X nyer

Sempena 2009 aku ada pikir-pikir untuk buat sesuatu yang...xde la bleh kata baru..biasa la melukis komik gak..cuma mungkin content atau approach yang ber beza..Dalam sebualan dua ni aku tgh sibuk merancang satu part dan melaksana satu part yang kalau di sambung part-part bleh jadi satu projek yang agak beneficial untuk aku dan anda-anda yang diluar sana...

sama-sama kita tengok nanti...Hmm Hmm Hmm..

Tuesday, March 31, 2009

Awek Cun dengan kuasa magik!


Satu lagi cover novel fantasi untuk PTS publication Planet Fantasi Dania oleh Akalili Arina..Agak colourful sket sesuai ngan konsep untuk bacaan remaja perempuan...bakal terbit april ni.
artwork cover bleh tengok kat galeri..

Wednesday, March 4, 2009

PERANG KUCING menyerang pasaran!



Hmm..aku dah mula berjinak-jinak dengan penghasilan cover novel fantasi untuk PTS Sdn. Bhd...rasa cool jugak. Aku rasa setakat ni PTS je kot antara publisher yang agak serius menghasilkan buku-buku berunsur novel fantasi tempatan..PERANG KUCING karya Bahruddin Bekry ni agak lain macam gak content dia..boleh didapati di toko-toko buku MPH, beli! jangan tak beli!